Pages

Sunday, April 06, 2008

WOMEN AS EXPLAINED BY ENGINEERS: PART 1

Wednesday, April 02, 2008

Kempen Boikot Produk Utama Belanda

Boikot Product

Info kepada sesiapa yang bercadang nak boikot product-product dari belanda. Maklumat dibawah adalah di'copy' and 'paste'kan dari Laman Web Rasmi PPIM.

Harap maklum dan terima kasih (BERITA PPIM) BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH Posted by admin Tuesday 01 April 2008 - 11:28:57
1.Dutch Lady - Susu
2. Ferrero Roche - Coklat
3. Wallýs - Ais Krim
4. Ing -Insurans
5. Planta -Magerin
6. Ladyýs Choice -Magerin
7. Lipton -Teh
8. Shell -Minyak
9. Knorr -Perisa Makanan
10. Dove -Mandian
11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
12. Radiant -Deodoran
13. Rexona -Deodoran
14. Ponds -Produk Kecantikan
15. Kieldsens -Coklat
16. Slimfast -Produk Pelangsing
17. Lego -Kismis
18. Philips -Barangan Elektrik
19. Duyvis -Makanan Ringan
20. Gouda -Keju
21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
24. Labello -Lip Balm
25. Pickwick -Teh
26. Venz -Mentega Coklat
27. Kinder Bueno -Coklat
28. Unilever -Syarikat
29. Dumex -Susu Tepung
30. Nutricia -Susu Bayi
31. Sunsilk -Shampoo
32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
33. Lux -Mandian
34. Vaseline -Lip Balm
35. Cif -Pencuci Lantai
36. Surf -Pencuci Kain
37. Wishbone -Pencuci Kain
38. Doriana - Keju Krim
39. Bertolli -Minyak Masak
40. Clear -Shampoo
41. Breeze -Pencuci Kain

Produk Dumex dan Nutricia telah digugurkan dari senarai di atas kerana pihak pengurusan NUMICO DUMEX (MALAYSIA) SDN BHD telah menghubungi pengurusan tertinggi PPIM dan mengesahkan syarikat mereka telah diambil alih oleh Danone Group sejak akhir 2007 dan menggunakan nama Danone Dumex yang berasal dari Perancis.-admin PPIM-


KENYATAAN RASMI INSTITUT al-QAYYIM

IQ mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan seorang Ahli Parlimen Belanda Geert Wilders yang menerbitkan filem ‘Fitna’ dan menyiarkannya di internet. Filem selama 15 minit yang disiarkan dalam lamanweb liveleak.com pada 27 Mac lalu telah menggambarkan Islam sebagai sebuah agama yang menggalakkan keganasan. Tindakan ahli parlimen ini secara jelas menghina Islam, Nabi Muhammad S.A.W. dan kitab sucinya al-Quran.

Ia sudah tentu akan membangkitkan kemarahan umat Islam di serata dunia di timur dan di barat. Tindakan tidak bertanggungjawab ini, hanya akan mengeruhkan lagi keamanan dunia dan menimbulkan hubungan yang tidak baik antara umat Islam dan bukan Islam.


IQ ingin menegaskan bahawa, Islam bukanlah sebuah agama seperti yang digambarkan oleh Geert Wilers di dalam filemnya tersebut. Sebaliknya Islam dan Umatnya sentiasa menghulurkan tangan permuafakatan kepada sesiapa yang menghulur pemuafakatan bersama kami, inilah yang diajarkan di dalam agama Islam. Allah S.W.T. berfirman di dalam al-Quran:

يأيها الناس إنا خلقناكم من ذكر وأنثي وجعلناكم شعوبا وقبائل لتعارفوا إن أكرمكم عند الله أتقاكم

Maksudnya: “Wahai sekelian manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari kalangan lelaki dan perempuan, dan kami telah menciptakan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak untuk kamu semua saling kenal-mengenal, sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang lebih bertaqwa di kalangan kamu.” (al-Hujurat: 13)

IQ bersama pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain menyeru umat Islam, supaya memboikot semua produk keluaran Balanda dan menyampaikan bantahan mereka melalui saluran yang dibenarkan sebagai menyatakan rasa protes kita terhadap tindakan seorang ahli perlimennya yang bersikap biadab terhadap umat Islam.

IQ juga menuntut supaya ahli parlimen tersebut dikenakan tindakan yang sewajarnya, atau setidak-tidaknya ia hendaklah memohon maaf di atas tindakan tidak bertanggungjawabnya itu.
Rentetan isu penghinaan terhadap Islam seperti ini, IQ berpandangan, ia sekaligus menuntut umat Islam supaya memainkan peranan mereka dengan lebih aktif membuat penerangan dan penjelasan, seterusnya bertanggungjawab memperbanyakkan terbitan filem yang menggambarkan ajaran Islam yang sebenarnya kepada masyarakat dunia.