Pages

Sunday, June 17, 2007

Blogger Di Malaysia Dikuasai Wanita.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua remaja Malaysia.








Merujuk kepada post terdahulu , tahukah anda jantina apakah yang mendominasi para blogger di Malaysia? Ya.. wanita (mesti tengok tajuk kat atas kan? Hu2.. -) ).

Semuanya terjawab apabila MSN dan Windows Live melakukan kajian melalui online menerusi laporan bertajuk ‘Blogging Malaysia: A Windows Live Report’.

Hasil kajian tersebut didapati bahawa 64% blogger di Malaysia adalah wanita dan selebihnya iaitu 36% dikuasai lelaki. Hemm.. agak memeranjatkan saya kerana ingatkan kaum Adam yang mendominasi -) .

Faktor-faktor.

Antaranya kerana wanita mempunyai lebih banyak banyak masa untuk menulis dan membaca blog. Bukan kerana mereka tidak mempunyai pekerjaan lain, tetapi kerana sifat dalaman wanita yang sukakan perkara-perkara yang melibatkan emosi (apa ingat lelaki tak ada emosi ke? Ada tau -) ).

Berbanding lelaki, mereka menganggap blogging bukanlah sesuatu yang begitu penting berbanding perkara lain dalam kehidupan.

Usia.

Kebanyakkan blogger di Malaysia adalah berumur 25 tahun ke bawah (75%), diikuti 25 sehingga 34 tahun (21%).

Prilaku.

Hampir 50% blogger di Malaysia gemar menulis tentang buah fikiran dan pandangan mengenai perkara yang berlaku disekeliling. 3% merasakan yang mereka menulis blog untuk bertindak sebagai wartawan masyarakat dengan memberi komen, kritikan, dan melaporkan apa yang mereka lihat. Selebihnya pula sekadar inginkan rungan peribadi di alam siber.

Maka tidak hairanlah sekiranya blog kini dipandang sebagai cara utama bagi individu untuk meluahkan ekspresi diri. Dalam erti kata lain (seperti nenek saya cakap gak) sebagai ‘cara moden’ untuk sentiasa berhubung dengan masyarakat sekeliling tanpa menggunakan cara tradisional seperti menulis surat, risalah, dan seumpamanya.

Blog Yang Disukai.

Majoriti responden iaitu sebanyak 81% memberi maklumbalas bahawa blog oleh individu terapat sering dikunjungi. Ini diikuti blog yang ditulis oleh pelakon (34%), artis dan ahli muzik (33%), dan rakan sekerja (31%). Blog daripada ahli-ahli perniagaan dan ahli politik merupakan blog yang paling sedikit dikunjungi di Malaysia.

Blog yang membosankan pula adalah sebab utama ia tidak akan dikunjungi lagi menurut lebih 50% responden love .

Topik.

Menyentuh mengenai topik yang menjadi perbincangan blogger di Malaysia lazimnya adalah teknologi, pelancongan, dan muzik. Malah topik-topik ini juga merupakan blog yang sering dibaca di seluruh Asia (hemm.. motivasi tak ada ke ek? choler ).

Selain berkongsi pendapat tentang topik yang diminati, blog juga dijadikan medan oleh blogger untuk mendedahkan penemuan, produk serta teknologi terkini.

Pengiklanan.

Perkara ini sekali gus membuka mata pengiklan-pengiklan seluruh dunia untuk menggunakan blog bagi memasarkan produk mereka.

Kesimpulannya:

Melihat kepada kepesatan yang melanda dunia blog, iaitu sebanyak 41% individu daripada keseluruhan yang melayari internet di Malaysia, secara aktif melibatkan diri dengan blog, pastinya pengiklanan akan merancakkan kemunculan blogger-blogger baru.

Hidup blogger Malaysia -) .

Sekian, jumpa lagi!

0 comments: