Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu... Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya.. Tahukah kawan² bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah
persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa " segala tugu-tugu itu serta
pembinaannya adalah haram... ciri-cirinya menyerupai berhala...dan
melawatnya juga adalah haram.. "
Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang² boleh dikenekan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan! Tetapi sayang²... pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu....Setelah berbincang.. . Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu...Maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja... tiada tindakan undang² yang boleh diambil... Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu² ini boleh mendatang syirik....
Beliau berkata... " bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu..."
Dan kata beliau lagi... " walaupun kita tidak pergi ke tugu² tetapi jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa², berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik..."
Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan....
"Menurut kamus dewan... indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di mana tuhan² bersemayam.. . maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.. "
Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik... Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara....
Tahukah kawan² bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa mana² undang² akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang² yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang² hudud... iaitu undang² yang dicipta oleh Allah.
Kata beliau seterusnya.. ...
Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...
1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan membuatkannya mengatasi undang² ciptaan Allah iaitu hudud dll.
2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.
3. Mereka yang berdiam diri.
4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM HUDUD ITU ZALIM (BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)
Semoga nasihat² daripada Ust. Harun Din di atas kite renungi bersama dan ambil iktibar.
Sunday, May 11, 2008
Pesan Dato Harun Din
11:09 AM
Mohd AliFF
No comments
0 comments:
Post a Comment